Ibu nan satu
Langkah dihayun semakin laju
Kerana teringat ibu berpesan
Keringat mengalir membasahi baju
Senyum tetap jadi hiasan
Melayang jatuh bunga melati
Jatuh menimpa ditepi titi
Lembut bicara memujuk hati
Agar jadi orang pekerti
Di dalam air nampak bayangan
Waktu melontar gayung ke sumur
Ibu yang satu tiada bandingan
Bagai kejora di ufuk timur
Terima kasih Mak, 💓
Comments
Post a Comment