Posts

Showing posts from July, 2021

Ibu nan satu

Image
Langkah dihayun semakin laju Kerana teringat ibu berpesan Keringat mengalir membasahi baju Senyum tetap jadi hiasan Melayang jatuh bunga melati Jatuh menimpa ditepi titi Lembut bicara memujuk hati Agar jadi orang pekerti Di dalam air nampak bayangan Waktu melontar gayung ke sumur Ibu yang satu tiada bandingan Bagai kejora di ufuk timur Terima kasih Mak, 💓