Posts

Showing posts from 2021

Negaraku Bertuah Malaysia

Image
Papan keranji dari Melaka, Dibuat rumah atap rumbia, Malaysia kini sudah merdeka, Melangkah gagah dipersada dunia. Atap rumbia berdinding buluh, Lantai dianyam kayu lama, Hilang sengketa bangsa kukuh, Bersatu bangsa menjunjung Agama. Dinding disulam tindih kasih, Tiang seri dipasak bulat, Bersatu bangsa rakyat dikasih, Teguh bersama menjaga Daulat. Penghadang tingkap dengan kekisi, Atas selasar, berehat nak muda, Negara bertuah kita warisi, Amanah untuk generasi muda.

SALASILAH NABI MUHAMMAD SAW

Image
     Cinta Rasulullah mestilah tahu tentang salasilah baginda. Harapnya dapat hafal susur galur baginda sehingga Adnan. 

Ibu nan satu

Image
Langkah dihayun semakin laju Kerana teringat ibu berpesan Keringat mengalir membasahi baju Senyum tetap jadi hiasan Melayang jatuh bunga melati Jatuh menimpa ditepi titi Lembut bicara memujuk hati Agar jadi orang pekerti Di dalam air nampak bayangan Waktu melontar gayung ke sumur Ibu yang satu tiada bandingan Bagai kejora di ufuk timur Terima kasih Mak, 💓