
Cabaran penglibatan keluarga dalam proses pendidikan masa kini kesan daripada transformasi keluarga dari aspek struktur dan jenis keluarga. Struktur keluarga moden lebih kompleks dan pelbagai disebabkan oleh banyak faktor antaranya ialah perkembangan ekonomi hasil industrilisasi dan pembandaran, perubahan undang-undang dan lebih ramai orang bersikap individualistik daripada semangat kekeluargaan. Perubahan kepada struktur keluarga murid-murid perlu dikenal pasti oleh guru sekiranya ingin memastikan penglibatan ibubapa dalam proses pembelajaran anak-anak mereka memberi impak terhadap pencapaian prestasi pelajaran. Mengapa seorang guru perlu mengenal pasti struktur keluarga murid-muridnya sebelum merancang penglibatan ibubapa? Persoalan ini boleh diterangkan dengan lebih jelas menggunakan Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner atau juga dikenali ...